Feed my Vanilla! (just click )

Wednesday, November 4, 2009

Materialistic? Sure..

Women that loves money always being called materialistic and dipandang keji. 
Men attracted to beautiful women.
So  what make these men less keji than materialistic women?  ain't it?


If you want beautiful things, you must willing to pay higher price. Simple.






=)

Sunday, November 1, 2009

Mahahaha







oke.. kepada siapa yang tak nampak, ini yang ditulis beliau:


Harap maklum kepada puan Bibiana. Saya Mohd Syafiq bin Mohd Ali dari kelas 5(apa ntah die tulis). Tujuan saya menulis surat ini ialah kerana saya ingin meminta maaf. Saya langsung tidak menyangka bahawa soalan mcm ini akan keluar. Ku sangkakan soalan tentang Sang Kancil dengan Kelawar rupa-rupanya Kami Pengguna Bijak.

Cikgu ini pun satu juga. Kenapa cikgu tak nak cakap soalan ini keluar. Kalau cikgu cakap soalan ini yang keluar sudah tentu saya akan buat karangan dekat rumah. Sampai je sekolah terus saya hantar dekat cikgu. Kan lebih mudah kalau begitu. 

Saya pun tak paham apa yang dimaksudkan dengan 'KAMI PENGGUNA BIJAK'. Setahu saya Pengguna bijak ini cuma ada seorang je kat malaysia ini iaitu saya. Kerana saya rasa sayalah orang yang paling layak untuk digelar pengguna bijak, sebab saya seorang pengguna bijak. Tetapi kenapa perkataan saya itu dah jadi perkataan kami Pengguna bijak. Sedangkan yang bijak ialah saya bukan kami.

Saya akan membeli barang yang berkualiti seperti Ayam KFC, Rojak dan macam-macam lagi. Saya akan pakai baju kulit gorila dan seluar kulit landak. Kemudian baru saya akan buat perbandingan harga. Yang mane lebih mahal itu akan menjadi pilihan saya.

Walau apa pun saya sekali lagi meminta maaf kerana tidak dapat membuat karangan. Saya berasa menyesal dan sedih kerana tidak dapat memahami soalan. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk jawab soalan bahagian B. 

Buah cempedak di luar pagar kalau salah tolong tunjukkan. Saya budak baru belajar. Sekian saja persembahan kami, kami menyusun 10 jari. Salah dan silap harap dimaafi. Saya harap cikgu dapat memaafkan saya.

Saya juga berharap cikgu dapat memberikan markah penuh kepada saya. Sekurang-kurangnya 28 markah. Cikgu tak simpati ke kat saya. Saya akan cuba buat yang terbaik pada karangan bulan hadapan. 

(749 pth pktaan)