Feed my Vanilla! (just click )

Showing posts with label social animal. Show all posts
Showing posts with label social animal. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Say what? Dato?

ahah.. instead of studying for upcoming test, i masih dalam keadaan denial. Masih lagi tak nak sedar dengan situasi genting yang perlukan ketekunan dan kesungguhan utk stdy smpai bpeloh ketiak, membakar kerosin di tengah malam, study for dua subject yang oh so tuff.. urgh!

Benci. Ble asyik dalam keadaan stress, hormon yang sepatutnye dirembes time waktu desperate dan cemas mcm da abis.So i tak boleh konsentrat study. Lagipon pil rajin I da habis. Oleh itu mari bercerita tentang hal orang.

Dis coming November is going to be a huge day for my fellow bff. She's getting married!! woohoott! Happy for her though. But get this, she's going to marry a Dato , and.. this is getting better, he is , wait for it, freaking 52 years old (owh. she's the same age wit yours truly, 22) !! Holly crap!!

As you all tahu, I pon suka matured men but tade la range 50+ (haha.. betul.. cayelah). But 52? That Dato' must work his *ss out to make it werq!

Anyhoo, she says she really love that man. Well, he have a Cayenne and among others, I pon boley jatuh cinta. Eh, ok. scratch that out. Materialist la My-yum ni! I suka kawan-kawan I kahwin muda. Wedding rocks! Can't wait for the bachelor party ;p. But I tade la nak kahwin awal pon. Bout the age of 30 will be fine.. kehkehkeh..


ps: Sejak akhir-akhir ni, suka betol mencarut.NEED.TO.STOP.CURSING.
Huh. Currently menahan diri dari makan fastfood and shopping.. Urgh! This is hard x_x

Thursday, October 1, 2009

Post-mortem raya 2009


Huhui.. Raya tahun ni adalah sukses! Seronok betul berkumpul bersama keluarga. Manusia memang adalah makhluk sosial (atau I sorang je rasa cenggitu?? =p.. )

Seperti biasa, agenda raya adalah beraya di rumah saudara mara, kawan-kawan skola rendah dan rumah cikgu2 skolah rendah. Agenda luar biasa tahun ni adalah BBQ bersama cousin yang julung2 kali diadakan. Malam BBQ bertambah hebat bila ditambah dengan pertunjukan firework
mahal dari umah jiran sebelah.

Selain daripada itu, pertambahan tatabahasa Melake juga berlaku. Antara yang baru dipelajari:

1) terkelenyo (ter-ke-ley-nyooo... sebutan ke seperti dalam 'keladi')
maknanya: Merajuk
contoh ayat: kenapa tak balik kampung? terkelenyo ke?

2) meresip
makna : makan snek dengan perlahan seperti makan gula-gula. Biasanya
dikaitkan dengan perilaku makan kerepek ubi atau pisang atau pape kerepek
contoh ayat: Habis la kerepek pisang nenek ni dia resipnye.


Juga terdapat penambahan dalam konteks peribahasa (peh cm tak betol je =p)

1) tengahari gat-gat (guard-guard)
makna: tengahari dalam pukol 12-1pm yang panas terik
contoh ayat: ape yang ko berjalan raya tengahari gat-gat ni.

Banyak lagi sebenarnye tapi I nak buat report project. Till then.. Ciao

Ps: skarang ni perasaan malas sangat ekstrim.. Sila bagitau kat mana boleh membeli pil rajin ye,fellow bloggers...




Tuesday, September 15, 2009

I nak Balik raya! Tolong faham..

Betul kan kata orang, jauh-jauh bau wangi, dekat-dekat bau taik. hehe. Entry hari ni nak bercerita tentang my girl frens (kawan perempuan bukan buah hati). Dulu satu ketika ade la miss x ni. Masa duduk satu hostel, punye la susah nak nampak muka. Ape lagi nak ajak hang out, karok sepam dua. Walaupun kami (me and me, what can i say, multiple personality) sangat adore miss x, tapi rumours yang didengar tentang kehidupan peribadi beliau agak menggusarkan dan kadang-kadang bikin panas jugak. Kemudian, miss x menginap di luar bersama BFF nye, entiti x.

Kamu tau blood sucker? penah ade kawan blood sucker? itulah yang kami rasakn tentang kehadiran entiti x dalam schedule social kami. Sungguh annoying. Sedikit demi sedikit, miss x tidak lagi menghiraukan kami, dan kami juga boikot miss x dalam kontrak social kami sebab kami merasakan kehadiran entiti x amat tidak disenangi, seperti kencing tak lawas dan kadang kala seperti gatal-gatal akibat kelemumur. Walaupun kecil signifikasinya tapi kalau selalu bikin panas jugak la (pardon my language, baru tgk cerita bohsia semalam)

Kemudian miss x keluar dari hostel dan menetap di luar. Tapi sejak menetap di luar, asyik-asyik ajak kami menghabiskan masa bersama beliau. Berbuka bersama-sama, tengok movie bersama-sama (btw, sape nk tgk G-force in 3d sila ajak saya). Pendek kata masa yang dihabiskan semakin banyak dan boikot yang dikenakan ditarik balik. Part of us are glad that she spend her time and part of us curious about the sudden change. Tapi seperti kata orang yang disebut di atas, dekat2 bau taik, jauh2 bau wangi. Ade sesuatu yang ingin kami katakan kepada entiti x dengan kuat disini, " In your face b*tch!! You lost! wahaha >=) .. )


See, jadi perempuan memang susah. Banyak bermain perasaan dan emosi. Sebab tu la pompuan selalu cepat tua ;P

so ape kena-mengena dengan " I nak balik raya..." ?? Cuti raya kami tak sampai seminggu. Macam mana nak merapatkan silaturrahim camne T_T


Note: curse u zara n topshop! Habis peruntukan baju raya glamour i!