Feed my Vanilla! (just click )

Thursday, October 1, 2009

Post-mortem raya 2009


Huhui.. Raya tahun ni adalah sukses! Seronok betul berkumpul bersama keluarga. Manusia memang adalah makhluk sosial (atau I sorang je rasa cenggitu?? =p.. )

Seperti biasa, agenda raya adalah beraya di rumah saudara mara, kawan-kawan skola rendah dan rumah cikgu2 skolah rendah. Agenda luar biasa tahun ni adalah BBQ bersama cousin yang julung2 kali diadakan. Malam BBQ bertambah hebat bila ditambah dengan pertunjukan firework
mahal dari umah jiran sebelah.

Selain daripada itu, pertambahan tatabahasa Melake juga berlaku. Antara yang baru dipelajari:

1) terkelenyo (ter-ke-ley-nyooo... sebutan ke seperti dalam 'keladi')
maknanya: Merajuk
contoh ayat: kenapa tak balik kampung? terkelenyo ke?

2) meresip
makna : makan snek dengan perlahan seperti makan gula-gula. Biasanya
dikaitkan dengan perilaku makan kerepek ubi atau pisang atau pape kerepek
contoh ayat: Habis la kerepek pisang nenek ni dia resipnye.


Juga terdapat penambahan dalam konteks peribahasa (peh cm tak betol je =p)

1) tengahari gat-gat (guard-guard)
makna: tengahari dalam pukol 12-1pm yang panas terik
contoh ayat: ape yang ko berjalan raya tengahari gat-gat ni.

Banyak lagi sebenarnye tapi I nak buat report project. Till then.. Ciao

Ps: skarang ni perasaan malas sangat ekstrim.. Sila bagitau kat mana boleh membeli pil rajin ye,fellow bloggers...




No comments: